Keputusan PMR


Assalamulaikum .

bila resault pmr nak keluar sebenarnya ? aku sendiri pun dah keliru . ada yang cakap 19 haribulan . ada yang cakap 23 haribulan . eh mana satu ni ? aku nak ambik keputusan tau bukan nak buat konsert . tetiba . kalau nak tahu bila keputusan keluar pukul lapan korang standby duduk depan tv setiap hari . tengok berita . mesti mak mak ayah ayah terkujat nampak anak dia tengok berita . itu bagi yang tak pernah-pernah tengok beritalah . macam aku . aku bukan tak pernah okey . cuma malas je . manalah tahukan tengah syok syok makan ikan pari lepastu berita tu cakap . amboi tak pernah pernah berita tu bercakap . okey salah orang dalam tv tu cakap result keluar esok terus zup ! tercekik tulang kau . ikan pari ada tulang ke ?

nak ambik resault ni bukan boleh suka suka . lainlah kalau orang yang tak ada perasaan . cuba bayangkan . semua orang dah berkumpul dekat dalam dewan . muka memasing dah gelabah . sampai tak sempat nak mandi . takut punya pasal datanglah ke sekolah dengan baju tidur gambar minion yang mata satu tu . dengan kerak kerak dekat pipi kau tu . yang lagi terok dia bawak sekali peta dunia dia tu  ha . yang ada sakit baik jangan datang awal . buatnya kau pengsan dekat situ siapa nak angkat .  memang menambahkan lagi kemeriahan suasana . lagi lagi nak kena dengar pengetua cakap lagi . bagi yang pegang sapu tangan tu agaknya dah koyak rabak kau kerjakan . so nak selamat datang lambat . ceh aku ni cakap macam ada pengalaman je . bukannya nak bagi semangat .

datanglah awal . buatnya ada maklumat penting ke . kalau yang excited nak ambik keputusan tu agaknya siap bawa kamera rakam diri sendiri . ambik gambar dengan mak guard . lepastu post dekat insta "hari terakhir disekolah . sedihnya" yelah yakin sangat tahun depan dah pindah sekolah . tahniah awal awal ye . jelous ni sebenarnya . so datang awal  ye . manalah tahu nama korang diumumkan sebagai pelajar yang mendapat keputusan straight A . terlepas pulak kang nak posing atas pentas . waktu tu kau nak riak depan kawan  kawan kau pun terlepas . kalau yang tak dapat keputusan yang cemerlang tu apa lagi mogoklah . bawa papan , kad manila , marker . tulislah apa yang korang nak tulis . takkan itu pun aku nak ajar .

lagi satu aku nak cakap . yang tak bestnya bila dah ambik keputusan tu mesti sedara mara , jiran jiranan , kerabat diraja nak tahu . boleh dikatakan orang sekelilinglah nak tahu keputusannya kan ? kalau yang dapat result yang cemerlang tu bolehlah kau menunjuk nunjuk . kembang kempis hidung dibuatnya . kalau dah memang kembang tu nak kasik kembang lagi .

nak ambik resault pmr ni lebih kurang sama macam nak ambik resault upsr . cuma pmr ni lagi besar daripada upsr . tapi spm paling besar . spm nilah yang menentukan masa depan kau tahu . itu pada pendapat akulah . macam big , bigger , biggest . so selamat mengambil keputusan pmr pada semua . dah dapat keputusan tu terimalah dengan hati yang terbuka . itulah titik peluh kau yang keluar selama 3 tahun dekat sekolah menengah . bukan korang je aku pun . so jangan mengada ngada kau nak merungut bagai . aku gilis kau dekat jalan tar yang baru buat tu . akhir kata doakanlah untuk kami mendapat keputusan yang cemerlang . tahun depan pbsmr pulak . selamat maju jaya ye dikkk .

NOTE: terlajak perahu boleh diundur , terlajak keputusan kau tak payah ngada ngada nak patah balik .

Comments

Popular posts from this blog

Selamat datang