BEGINNINGS ARE USUALLY SCARY AND ENDINGS ARE USUALLY SAD, BUT IT'S EVERYTHING IN BETWEEN THAT MAKES IT ALL WORTH LIVING

Wednesday, December 11, 2013

Keputusan PMR


Assalamulaikum .

bila resault pmr nak keluar sebenarnya ? aku sendiri pun dah keliru . ada yang cakap 19 haribulan . ada yang cakap 23 haribulan . eh mana satu ni ? aku nak ambik keputusan tau bukan nak buat konsert . tetiba . kalau nak tahu bila keputusan keluar pukul lapan korang standby duduk depan tv setiap hari . tengok berita . mesti mak mak ayah ayah terkujat nampak anak dia tengok berita . itu bagi yang tak pernah-pernah tengok beritalah . macam aku . aku bukan tak pernah okey . cuma malas je . manalah tahukan tengah syok syok makan ikan pari lepastu berita tu cakap . amboi tak pernah pernah berita tu bercakap . okey salah orang dalam tv tu cakap result keluar esok terus zup ! tercekik tulang kau . ikan pari ada tulang ke ?

nak ambik resault ni bukan boleh suka suka . lainlah kalau orang yang tak ada perasaan . cuba bayangkan . semua orang dah berkumpul dekat dalam dewan . muka memasing dah gelabah . sampai tak sempat nak mandi . takut punya pasal datanglah ke sekolah dengan baju tidur gambar minion yang mata satu tu . dengan kerak kerak dekat pipi kau tu . yang lagi terok dia bawak sekali peta dunia dia tu  ha . yang ada sakit baik jangan datang awal . buatnya kau pengsan dekat situ siapa nak angkat .  memang menambahkan lagi kemeriahan suasana . lagi lagi nak kena dengar pengetua cakap lagi . bagi yang pegang sapu tangan tu agaknya dah koyak rabak kau kerjakan . so nak selamat datang lambat . ceh aku ni cakap macam ada pengalaman je . bukannya nak bagi semangat .

datanglah awal . buatnya ada maklumat penting ke . kalau yang excited nak ambik keputusan tu agaknya siap bawa kamera rakam diri sendiri . ambik gambar dengan mak guard . lepastu post dekat insta "hari terakhir disekolah . sedihnya" yelah yakin sangat tahun depan dah pindah sekolah . tahniah awal awal ye . jelous ni sebenarnya . so datang awal  ye . manalah tahu nama korang diumumkan sebagai pelajar yang mendapat keputusan straight A . terlepas pulak kang nak posing atas pentas . waktu tu kau nak riak depan kawan  kawan kau pun terlepas . kalau yang tak dapat keputusan yang cemerlang tu apa lagi mogoklah . bawa papan , kad manila , marker . tulislah apa yang korang nak tulis . takkan itu pun aku nak ajar .

lagi satu aku nak cakap . yang tak bestnya bila dah ambik keputusan tu mesti sedara mara , jiran jiranan , kerabat diraja nak tahu . boleh dikatakan orang sekelilinglah nak tahu keputusannya kan ? kalau yang dapat result yang cemerlang tu bolehlah kau menunjuk nunjuk . kembang kempis hidung dibuatnya . kalau dah memang kembang tu nak kasik kembang lagi .

nak ambik resault pmr ni lebih kurang sama macam nak ambik resault upsr . cuma pmr ni lagi besar daripada upsr . tapi spm paling besar . spm nilah yang menentukan masa depan kau tahu . itu pada pendapat akulah . macam big , bigger , biggest . so selamat mengambil keputusan pmr pada semua . dah dapat keputusan tu terimalah dengan hati yang terbuka . itulah titik peluh kau yang keluar selama 3 tahun dekat sekolah menengah . bukan korang je aku pun . so jangan mengada ngada kau nak merungut bagai . aku gilis kau dekat jalan tar yang baru buat tu . akhir kata doakanlah untuk kami mendapat keputusan yang cemerlang . tahun depan pbsmr pulak . selamat maju jaya ye dikkk .

NOTE: terlajak perahu boleh diundur , terlajak keputusan kau tak payah ngada ngada nak patah balik .

Sunday, December 8, 2013

Monyet


Assalamualaikum .

Monyet . kenapa dengan monyet ? ha nilah yang aku nak cerita . tadi lepas maghrib adik aku ajak masukkan gambar dalam album . tahu kan album ? album yang simpan seribu satu kenang kenagan korang dari gambar waktu kecik sampai besar . daripada camera kodak sampai DSLR korang tu . semuanya ada dalam album . gambar korang yang buat hidung kembang pun ada . kalau tengok sekarang mesti malu nak tunjuk dekat orang lain kan ?

okey balik ke cerita monyet .

"Ni kau amek la kawan kau . kau kan suka ketiak dia"

macam tu lah ayat dia . dia kasik aku gambar monyet yang tak pakai baju tu . lepas tu cakap monyet tu kawan aku . sungguh manis mulut dia . gambar tu asalnya dah lama . tapi kitorang saja nak decorate album tu balik . ingat lagi waktu kecik dulu . excited gila nak tengok monyet dekat zoo . siap menangis melalak sampai terguling guling dari puncak gunung everest hingga bawah nak ambik gambar dengan monyet . okey itu auta lebih . normallah waktu kecik dulu suka dengan benda comel macam monyet tu . comel ke ? comellah lagi time dua ekor monyet duduk berdua duaan tanpa ikatan yang sah cari kutu memasing . lepas tu masuk mulut buat alas perut esok pagi .

cerita cerita . macam ni ceritanya . tiba giliran aku nak ambik gambar dengan monyet tu aku diri sebelah monyet sensorang belah kiri ke kanan sama je . berpijak kat atas kaki sendiri bukan pijak kat atas kaki amoi sebelah . pijak kaki amoi sebelah ada yang masuk paper . terpampang tajuk depan 'Masuk jail pijak kaki amoi' . ha amek kau ! lepas tu , adik beradik aku lagi berdiri kat sebalah lagi satu . berdirilah aku sensorang .

monyet tu apa lagi dia ambik kesempatan kau . dia peluk aku macam buat jejak kasih . aku pun apa lagi balas peluk dia macam dua anak beranak jumpa selepas terpisah selama 10 tahun . itu gurauan saja .  aku peluk dia ? dengan kuku dia yang selalu pergi salon tu . dengan bulu dada dia yang lurus macam iklan syampo carrie junior tu . sabun dibilik mandi . aku rasa aku salah iklan . dia peluk aku macam tak nak lepas tahu . aku apa lagi mata semakin lama semakin kabur . air mata mula membasahi pipi . huh termasuk cerita novel pulak . masa tu aku rasa nak nangis je . belum nangis pun lagi . baru nak feel .

ibu apa lagi siapkan kamera kodak kesayangan tu . dulu kitorang pakai kamera kodak je sampai sekarang. tahan betol kamera tu sampai sekarang boleh guna . nampak sangat penipu . ibu ambik lah beberapa keping gambar . dengan muka aku yang senyum terpaksa tu . monyet tu apa lagi senyum lebar kau . dia tak senyum pun nampak macam dia senyum . dengan muka gatal dia lagi . itulah pengalaman . pada korang mungkin tak macam pengalaman tapi pada aku ye . ada orang dapat makan kfc pun pengalaman tau . sebab dia miskin . dia orang tak tahu bila dia orang dapat makan lagi .

walau apa pun , aku sayang monyet secukup rempah secukup rasa . sayangilah haiwan sebagai mana Saidina Abu Hurairah R.A. yang amat mengasihi binatang sehingga beliau mendapat gelaran Abu Hurairah yang bererti bapa kucing kerana beliau sukakan kucing .

NOTE : dugaan yang datang jadikan seseorang lebih tabah bukannya serik .

Friday, December 6, 2013

Selamat datang

Assalamualaikum.

Akhirnya dapat jugak buat blog. Walaupun rasa macam dah ketinggalan tapi aku nak buat jugak.
Agak simple blog aku ni tapi memuaskan hati aku.
Aku buat blog ni saja² je. Actually aku tak tahu nak tulis apa.

Memandangkan ni kali pertama aku tulis blog so aku nak kenalkan diri sikit.
Nama aku liyana. Seorang gadis yang berumur 15 tahun.
Aku ni kakak tapi semua orang fikir aku ni adik.
Hanya kerana badan aku yang kecik daripada adik aku tu.

Aku cakap dengan adik 'kesayangan' aku, aku buat blog dia boleh ketawakan?
Apakah perasaan?
Aku pun tak tahu apa yang kelakar sangat sampai dia ketawa macam langsuir.
I dont care what she thought janji aku dah dapat buat blog.
Okey itu je yang terlintas dekat benak fikiran aku ni. Cauw dulu.


Note: Hulurkan tangan, lemparkan senyuman salam perkenalan.